Tuesday, September 20, 2011

kerna sikap ku ia kelemahanku...


17 oktober 2011..
tarikh yang perlu aku ingat..
perlu aku semat dalam kepala aku..
aku hampir merosakkan kebahagiaan yang selama ni aku bina,yang selama ni aku banggakan.peristiwa seperti dah pun banyak kali aku lakukan tapi kali pada aku lebih teruk dan pada aku lebih menyedihkan..
semuanya kerana sikap aku..nak ikut sangat perasaan marah aku yang langsung tak boleh fikir dengan baik...melulu saja...
sehingga aku marah semua orang yang tiada kaitan dengan aku..
sepatutnya aku perlu fikir dulu..
tapi betul la kata orang-orang tua dulu..
fikir dulu sebelum buat,sebelum cakap..
sebab terlajak perahu boleh undur..
terlajak kata..menyiksa diri sendiri..
kerna sikap marah ku dan panas baran..aku da marah orang yang aku sayang..yang aku pilih dia sebagai teman hidup aku..aku marah dia,tengking dia,tuduh bukan2,cakap bukan2 pada dia...
apa yang aku buat ni???
sebab yang kecil sangat..tapi aku marah macam orang gile..
da la boleh percayakan alat teknologi yang serba canggih di zaman sekarang..
memang tak la pasni..
bodoh sangat aku rasa diri aku..
marah..
marah...
marah...

itu saja yang aku tau..
pastu fikir bukan2..
tuduh ini..tuduh itu ..
cakap ini..cakap itu pada dia..
apa salah dia..??
walhal aku tau dia da cukup setia dengan aku..
aduh....bangang betul..
dalam masa yang sama gak...
aku da marah kawan2 dia sekali..
peergghh memang gempak la aku..
apa punya perangai tah..
siapa ajar tak tau..
teruk benor..
kawan2 dia cukup baik da..kat aku..
cukup bagus orangnyer...
tapi aku la punye pasal..
semua sebab aku..
pastu mula aku snediri malu nak menghadap dia orang..
tersipu-sipu..
bila si dia dan kawannya berpakat jangan layan aku mula la..
menggelabah bagai..
takut..
cakap ni la..
cakap tu la..
pujuk macam ni la..
macam tu la..
bila tak jadi nak ugut pula...
macam bangang saja bunyinyer...
bila dah terhantuk baru nak terngadah..
aku kena berubah..
mesti berubah..
patut berubah..
perlu berubah.
..
bukan kerana dia tapi untuk diri aku..
sebab sikap aku tu sangat buruk...untuk sesiapa pun..
tak elok dan sangat bahaya..
prasangka kat orang yang kita sayang..
cemburu buta tuli,pekak,bisu semualah..
memang teruk aku ni..
aku perlu berubah..
perlu...
nak mujurlah dalam hati si dia ni masih ada cinta..masih setia..walaupun da banyak menelan sekam kerana aku..
dia boleh lagi maafkan aku..
boleh lagi terima aku...
sayang sangat aku kat dia...
aku kena berubah...
kalau aku sayangkan hubungan aku...
tiada siapa yang dapat tolong aku melainkan diri aku sendiri..
sampai disini saja luahan hati dan coretan aku...
sekian..

AMARAH CINTA

Mungkin ini salahku,
namun ia bukan niatku,
menyakitimu,
mengguris hatimu..

detik yang berlalu,
menjarakkan cinta darimu,
jauh dari hatimu,
kerna sikapku.

Amarah bukan kerna benci,
Bukan kerna niatku,
ia kelemahanku,

Kerna cemburuku padamu,
Hancurkan cintaku,
Yang kita bina bersama.

Sedangkan hatiku padamu,
Masih mencintaimu,
Merinduimu selalu..
Ooo sayang…

Friday, February 18, 2011

DIA

23 Ogos 2010...
semuanya bermula..
daripada xkenal siapa dia,
daripada xtau siapa dia,
sehingga la aku kenal siapa dia..
isi hati dia..
perasaan dia..
sikap dia..
perangai dia..
semuanya aku cuba untuk mengenali dan menyelami dirinya...

Dia,
pada aku dia adalah sumber inspirasi aku...
separuh daya semangat aku..
separuh nafas aku..
tanpa dia hilang lah semangat aku..
luntur semangat aku..
bagaimana aku ingin meneruskan kehidupan seterusnya..
mungkin mampu tapi ia perlukan kekuatan yang tinggi..

Dia,
aku perlukan dia,
dia juga mungkin perlukan aku..
tapi adakala aku dan dia perlukan masa untuk mengenali diri masing-masing..
kerana terlalu kerap bersama terlalu banyak perkara remeh menjadi besar..
tapi aku berharap ia tidak akan berakhir begitu saja..
aku berharap agar dpat hidup bersamanya..
hingga ke akhirnya...

Dia,
aku mencintai dia,
merindui dia..
memerlukan dia...
dalam segenap hidupku..
percaya atau tidak...
semuanya bergantung pada dirinya..
pada aku dia adalah segalanya...

Monday, November 8, 2010

CINTA II

Cinta,
Cinta itu buta,
Tapi ia bukan membutakan mataku,
Mungkin adakala ia butakan hatiku,
Dari melihat yang baik,
Dari memilih yang buruk,
Dari menilai yang sempurna
Dari mendamba yang terbaik..

Cinta,
Tidak ku cari yang sempurna,
Tidak pernah ku tahu seseorang mencintai aku,
Namun aku ingin berkongsi tentang cinta,
Dengan seseorang,
Yang boleh menerima cintaku,
Akan ku pupuk cintaku,
Agar menjadi sayang,
Akan ku semai sayang,
Agar menjadi rindu buat aku dan dia..

Cinta,
Aku tidak mempersoalkan tentang dirimu,
Cuma aku mungkin tertanya tentang hatimu,
Adakah nama cinta terpahat dalam hati mu,
Adakah nama cinta itu tertulis namaku,
Adakah ia lahir sewaktu ia dipupuk,
Olehku,
Insan yang membawa cinta,
Untukmu,

Cinta,
Dikala aku sujud menyembahMu,
Sang Pencipta,
Engkaulah yang Maha Penentu segalanya,
Ku pohon padamu agar berkatilah hubunganku,
Kekalkanlah hubungan kami,
Kerna kasihku,
Sayangku,
Cintaku,
Padanya hanya Engkau yang Maha Mengetahui.

Monday, September 20, 2010

BANGSAKU..







salam...
lama aku tak bebel dalam ni..
kali ni aku nak kongsi pendapat tentang bangsaku...
MELAYU
bagi aku bangsaku adalah bangsa yang paling istimewa..
terdapat pelbagai adat resam dan warisan yang turun-temurun yang datangnya dari nenek moyang kita..
Pada aku seorang melayu ni boleh dianggap melayu bila dia boleh bertutur bahasa melayu dan mengamalkan adat resam orang melayu...
tapi sekarang ni segalanya berubah,dunia yang serba canggih yang serba maju telah buat semua bangsa kita lupa asal-usul mereka.
bukan semua yang lupa asal mereka tapi hanya sesetengah mereka sahaja..
yang sayangnya,orang yang berpendidikan tinggi dan kaya raya,berhartalah selalu lupa asal-usul mereka...
bengangnya aku pada orang macam ni mereka suka mengangkat bangsa lain dan suka ikut telunjuk bangsa lain...
kurang pandai betul..
terlalu banyak benda yang aku lalui dinegara aku sekarang..
semangat cintakan bangsa sendiri sudah hampir luntur..
aku tak paham..kenapa ada sesetengah mereka yang langsung tak bloeh fikirkan tnetang semua ini..
sampai sanggup bertumbuk dengan bangsa sendiri..
jatuhkan bangsa sendiri
tipu bangsa sendiri
bunuh bangsa sendiri pun sanggup..
dengan bangsa sendiri sibuk tunujuk lagak..
tunjuk hebat..
tunjuk macam hero..
macam akulah raja...
tapi dengan bangsa lain buat macam takut..
macam kurang pandai jer...
kenapa tak nak tunjuk hebat depan bangsa lain..
yang lagi bodoh macam l***u ada juga bang sa kita yang nak jatuhkan Sultan sendiri..
alahai..
malang betul bangsa aku..
bodoh betul...
apa lah yang diorang nakkan..
tak boleh ker bersatu ..
kenapa dulu nenek moyang kita boleh bersatu...
sekarang tak boleh ke??
oh lupa diorang sekarang sibuk meneruskan ideologi parti diorang...
yang hijau,hijaulah..
yang merah,merahlah..
yang biru,birulah...
tapi yang melayu,jadi layulah..
macam tu kan...
rasanya aku susah dah nak nampak bangsa melayu bersatu sebab kerana perbezaan ideologi yang dibawa oleh setiap parti ni...
aku suka politik...
politik ni yang menentukan kuasa memerintah...
tapi yang masalahnya ada yang terlalu fanatik sangat sampai nak berkawan pun tak boleh sebab perbezaan parti..
sebab itu lah melayu tak boleh bersatu...
bodohkan...
tapiu aku memandangkan satu pertubuhan ni...
aku rasa pertubuhan ni boleh mengangkat bangsa aku..
sebab hanya tinggal pertubuhan ini je yang mementingkan bangasa melayunya...
cuma pembawakan yang dibawa oleh anak muda lak dah berbeza..
orang masuk benda tu untuk menjaga kebajikan bangsa dan agama kita..
tapi diorang masuk macam nak jadi gengster dikalangan bangsa sendiri...
tapi apa-apa pun aku menyokong pertubuhan ni...
masalah ker bagi bangsa kita kalau bangsa kita semua bersatu..??
aku harapkan sangat-sangat bangsa aku bersatu...
sebab aku taknak bangsa aku ditindas..
ini adalah tanah tumpah darah aku..
dan nama negara aku ni duluna dikenali sebagai tanah melayu..
bukan tanah ni..dan tanah itu..
jadi siapa lagi yang patut mempertahankan semua ni kalau tak bangsa kita...
penat lelah nenek moyang kita memperjuangkan kemerdekaan mempertahankan bangsa dan agama kita tapi kita hanya mensia-siakn semua tu...
terlalu lena dibuai kesenangan yang dikecapi sekarang..
terlalu mementingkan kedudukan
mementingkan darjat
pangkat harta..
aku kadang-kadang tak suka dengan bangsa aku yang mempunyai pangkat,darjat dan harta..
sebab bila diorang ada semua ni,diorang ludah bangsa sendiri..
diorang lupa pada asal usul diorang...
bencinya aku pada orang kaya..
bencinya aku pada orang yang berharta..
bencinya aku pada orang yang ada pangkat..
bencinya aku pada orang yang ada kedudukan...

sebab keran diorang ni bangsa kita semua tak boleh bersatu...
sebab diorang ni nak cari harta...
diorang ni nak cari pangkat..
nak cari nama...
kerana diorang juga lah yang bodoh mempertikaikan tentang HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU..
apa diorang tak sedar ker apa yang diorang buat..
sudah la duduk dinegara sendiri boleh pula nak mempertikaikan hak bangsa sendiri..
baik keluar dari Malaysia buat negara sendiri
bodoh..
bodoh...
sangat bodoh diorang ni..
orang nak satukan bangasa tapi di ni yang menjatuhkan bangsa..
dan yang lagi bestnya ada seekor manusia yang ni buat page lagi dekat fb..
mempertikaikan tentang benda ni..
mempertikaikan tentang bangsa sendiri..
sebab nak ikutkan telunjuk bangsa lain...
bodohkan...
kadang-kadang terasa malu aku dengan bangsa sendiri..
sebab semua ni lah...
buat page sokong parti yang nak menjatuhkan bangsa melayu..
memang tak nampak dari mata kasar...
tapi secara halus..
bangsa kita telah di tindas..
tapi seekor haiwan yang buat page ni tak sedar-sedar...
dan ada jugak yang sokong kepala taik yang mempertikaikan tentang per.153
kepala taik ni bangsa apa??
kalau bangsa lain tak apa..
tapi dia ni bangsa aku sendiri...
dia lah kepala taik..
tapi ramai jugak yang LIKE dia kt fb..
yang suka dia lak tu semuanya student-student..
yang ada pendidikan...
tapi tak ada kesedaran dalam politik...
bodoh betul la...
aku benci dia..
betul lah kata-kata Pemimpin ni...
MELAYU NI MUDAH LUPA
rasanya yang bodoh-bodoh ni kena pergi hantar kursus BTN..
mungkin disana diorang semua boleh sedar..
kuasa bangsa kita hampir hilang dinegara sendiri...
satu sahaja harapan aku...
aku cuma berharap bangsa aku bersatu...
BERSATULAH MELAYU
JIKA KITA BERSATU
KITA AKAN MEMPUNYAI KEKUATAN YANG TIDAK DIJANGKA
BERSATULAH MELAYU
BERSATULAH MELAYU
BERSATULAH MELAYU

Wednesday, May 12, 2010

PENANTIAN

kadang-kadang aku terasa diri aku ni macam dungu gila...
menanti sesuatu yang perkara yang aku rasa mustahil untuk aku..
tapi bila aku nak lepaskan,hati kecil aku seolah-olah berbisik-bisik agar bersabar buat seketika..
penantian memang satu penyiksaan..
hari demi hari aku hitung,malam demi malam aku bilang...
aku terasa bagaikan semua ini sia-sia namun bila aku cuba untuk lupakan semua ini,ia pasti akan pantas bermain kembali di benak fikiran aku...terasa sakit sangat hati..
bodoh aku rasa..
aku tak tau macam mana nak elak lagi..
aku bukan obses tapi aku ikhlas untuk kenal dengannya...
siapa dia sebenarnya...dia mencuri tumpuan aku pada malam itu..
memang kalau dibandingkan aku dengan dia memang "jauh panggang dari api"
tapi apa aku peduli..walaupun aku dapat bercakap dengan dia namun ianya hanya seketika dan sementara sahaja...
macam-macam yang diletakkan untuk mengenalinya...
ibarat aku cuba melamar seorang puteri gunung ledang bodoh..bodoh...
aku patut cermin diri aku dulu..
penantian memang satu perkara yang memeritkan bagi aku...
aku yang menanti disini..
menghitung hari yang ditetapkan..
tapi dia pula meluahkan hati kepada yang lain..
mencurahkan isi hati yang terpendam pada yang lain..
memang aku rasa macam bangang gila..
orang dah tak sudi buat apa nak menagih cinta yang tak sudi dan tak pasti...
aku mungkin tiada kehebatan padanya...
tiada apa-apa yang boleh menarik perhatiannya..
tiada bakat sepertinya...
sakit gila rasanya..
aku tak tahu apa yang aku buat ini betul ke tak..
aku sahut cabaran bagi diri aku untuk menanti sesuatu yang belum pasti..
saat ini dia yang berselindung disebalik bayang wajahnya...
aku pula dia memang langsung tak kisahkan..
aku tunggu..tunggu..nanti..menanti..
benda yang aku rasa bodoh..
bangang...macam haram...
tolol...
bahlol...
mangkuk..
macam gampang..
tapi aku hanya boleh cakap saja..aku tak mampu nak lupakan dia..
setiap kali aku nak lupakan dia,setiap kali itulah dia muncul dalam fikiran aku..
aku cekalkan hati aku untuk tunggu dan menantinya hingga hari yang ditetapkan..
walaupun hasilnya mengecewakan...
cuma aku mahu yang dia perlu tahu..
keikhlasan aku terhadapnya sukar untuk diukur...

Monday, May 10, 2010

CINTA

Apa itu cinta..??
dari mana datang..??
bagaimana nak tahu kehadirannya..??
penting ke cinta itu untuk kita..??
kalau tak ada..??
boleh beli tak cinta tu..??
berapa harganya..??
kalau tukar dengan harta..??
cinta untuk siapa..??
ada ke yang mengharap cinta..??
mengharap dicintai..??
mencintai..??
atau mengharap untuk bercinta..??
pernah ke ada orang mati kerana cinta..??
mabuk kerana cinta..??
gila kerana cinta..??
haus kerana cinta..??
luka dan sakit kerana cinta..??
atau ada sesetengahnya terlalu bergantung dengan cinta..??
memandang cinta itu satu keperluan untuk hidup baginya..
ibarat udara baginya..
ibarat cahaya baginya..
ibarat kuasa atau satu sumber semangat baginya..
mungkin semua ini ada benar..
tapi bagaimana persoalan yang timbul tadi..??
dari mana datangnya cinta itu..??
dari perempuan ke??
dari lelaki ke..??
atau lahir dari hati..??
sekuat mana cinta itu..??
bagaimana nak pupuk ia supaya jadi lebih kuat..??
adakah ia wujud kerana pertemuan dua hati..??
atau pun wujud kerana kata hati..??
bagaimana agaknya semua orang hadapi semua ini..??
bagaimana tanggapan,jawapan dan pendapat semua orang terhadap cinta..??
bagi aku cinta lahir dari hati yang tulus..
tak boleh dibuat-buat..
sukar untuk kita temui satu cinta yang hadir dalam 2 hati yang berbeza...
cinta ditemui dan wujud dalam satu hati dan dipupuk menjadi dua hati dan satu jiwa..
mungkin juga sesetengah orang berpendapat mereka saling cinta menyintai dari sejak kali pertama bertentang mata..
ya,memang itu ada tapi bukan semua orang menghadapi situasi sebegitu..
boleh ke kita jumpa orang yang cinta kita sepenuh hati tanpa kita kenal dia??
boleh ke..??
guna bomoh mesti boleh..
tapi ini cerita tentang cinta yang ikhlas..
sebenarnya bagi aku cinta ini lahir dari dalam setiap hati manusia..
memang da ada...
dah wujud sejak azali...
tapi perlu dipupuk sahaja..
kalau tanpa cinta kita takkan tahu untuk mengasihi,menyayangi ibu bapa kita..
jadi untuk cinta pada seseorang yang bukan dari hidup kita,ia perlu dipupuk..
mungkin hanya kita yang suka dia dan minat dia..
bagi aku "cinta pandang pertama"memang wujud...tapi bukan semua percaya...
bila cakap pasal itu saja ada yang gelak,senyum sinis dan kutuk pun ada...
kalau tiada hati jangan kata cinta,suka pun belum tentu ada..
aku percaya pada cinta pandang pertamakerana itu lah kekuatan pada cinta..kekuatan dimana kita akan cuba sedaya upaya untuk lakukan apa saja untuk dapatkan yang dicintai...cuma semuanya belum berjaya dan belum mampu untuk aku dapatkannya..
kerana sekarang ramai yang melihat cinta itu seperti satu harta benda yang mampu dibeli dengan kekayaan dan mampu dipancing oleh setiap individu yang mempunyai kuasa membeli..jadi mana cinta sejati..??
cinta yang ikhlas dan tulus..
yang sibuk sangat orang war-warkan..
kalau cinta boleh dijual beli jadi senang la..kaya saja cari perempuan lain,ada duit cari perempuan lain,ada harta benda cari perempuan lain..asal ada DUIT...
cinta...
bohong semuanya...
kalau yang perempuan pula lain macam sikit..
memilih mengikut darjat..
cantik sama dengan cantik..
kaya sama dengan kaya..
popular sama dengan popular..
mana pandang lelaki yang sederhana..
ada itu memang ada..
tapi boleh bilang dengan jari la..
kalau keluar saja nak pergi ke tempat-tempat standard saja..
tempat-tempat yang cikai-cikai tak mahu...
nanti alergik...
dapat alahan mata...
susah kalau nak cakap bab cinta ni..
cakap panjang pun memang takkan habis..
kerana setiap orang ada persepsi masing-masing..
pandangan masing-masing..
pada aku cinta boleh dipupuk..
kerana ia ditentukan oleh Nya..
kita hanya mampu berusaha untuk merancang saja...
walaupun pada era sekarang cinta mampu dibeli tapi aku tetap dengan kata aku...kehadirannya akan dirasai oelh setiap manusia yang mempunyai hati dan perasaan..