Wednesday, May 12, 2010

PENANTIAN

kadang-kadang aku terasa diri aku ni macam dungu gila...
menanti sesuatu yang perkara yang aku rasa mustahil untuk aku..
tapi bila aku nak lepaskan,hati kecil aku seolah-olah berbisik-bisik agar bersabar buat seketika..
penantian memang satu penyiksaan..
hari demi hari aku hitung,malam demi malam aku bilang...
aku terasa bagaikan semua ini sia-sia namun bila aku cuba untuk lupakan semua ini,ia pasti akan pantas bermain kembali di benak fikiran aku...terasa sakit sangat hati..
bodoh aku rasa..
aku tak tau macam mana nak elak lagi..
aku bukan obses tapi aku ikhlas untuk kenal dengannya...
siapa dia sebenarnya...dia mencuri tumpuan aku pada malam itu..
memang kalau dibandingkan aku dengan dia memang "jauh panggang dari api"
tapi apa aku peduli..walaupun aku dapat bercakap dengan dia namun ianya hanya seketika dan sementara sahaja...
macam-macam yang diletakkan untuk mengenalinya...
ibarat aku cuba melamar seorang puteri gunung ledang bodoh..bodoh...
aku patut cermin diri aku dulu..
penantian memang satu perkara yang memeritkan bagi aku...
aku yang menanti disini..
menghitung hari yang ditetapkan..
tapi dia pula meluahkan hati kepada yang lain..
mencurahkan isi hati yang terpendam pada yang lain..
memang aku rasa macam bangang gila..
orang dah tak sudi buat apa nak menagih cinta yang tak sudi dan tak pasti...
aku mungkin tiada kehebatan padanya...
tiada apa-apa yang boleh menarik perhatiannya..
tiada bakat sepertinya...
sakit gila rasanya..
aku tak tahu apa yang aku buat ini betul ke tak..
aku sahut cabaran bagi diri aku untuk menanti sesuatu yang belum pasti..
saat ini dia yang berselindung disebalik bayang wajahnya...
aku pula dia memang langsung tak kisahkan..
aku tunggu..tunggu..nanti..menanti..
benda yang aku rasa bodoh..
bangang...macam haram...
tolol...
bahlol...
mangkuk..
macam gampang..
tapi aku hanya boleh cakap saja..aku tak mampu nak lupakan dia..
setiap kali aku nak lupakan dia,setiap kali itulah dia muncul dalam fikiran aku..
aku cekalkan hati aku untuk tunggu dan menantinya hingga hari yang ditetapkan..
walaupun hasilnya mengecewakan...
cuma aku mahu yang dia perlu tahu..
keikhlasan aku terhadapnya sukar untuk diukur...

No comments:

Post a Comment