Wednesday, March 31, 2010

NILAI PERSAHABATAN

kawan adalah sebahagian insan yang menyentuh segenap hidup kita tapi dimana letaknya nilai persahabatan tersebut. adakala kita melihat dari segi zahirnya namun dari segi batin kita tidak mengetahuinya. adakalanya jga kita mengenali sejak kecil lagi tetapi kita tidak mungkin memahaminya.
dari apa yang aku alami selama aku hidup diatas muka bumi ini,aku melihat nilai persahabatan sering kita lupakan. ada dikalangan kita mudah melupakan jasa baik dan pengornan mereka..dimana dulu mereka bersama-sama kita tika kita susah,senang,sedih mahupun gembira.
nilai persahabatan bukan terletak pada harta benda atau kekayaan tetapi ia terletak pada hati seorang insan yang ikhlas dan memahami kita..tidak pernah melupakan jasa baiknya,menghargai dan memahami kita..
aku mempunyai ramai kawan dan aku bangga kerana aku mempunyai rakan seperti mereka.walaupun aku jauh,walau aku senang,aku takkan melupakan mereka..keran mereka pernah bersama dalam hidup aku.
segala apa yang mereka lakukan pada aku amat hargai..aku akui aku bukan kawan yang terbaik bagi mereka..namun aku cuba menjadi yang terbaik dikalangan mereka.membuat mereka gembira dengan kehadiran aku.
aku bukan la seorang yang berada mahupun berharta namun aku cuba untuk membantu jika mereka susah atau memerlukan bantuan. aku akan cuba memahami mereka menyelami kehidupan mereka agar aku tau apa yang ada didalam benak fikirannya.
walaupun kita tidak akan bersama dimasa akan datang tapi kita harus ingat bahawa merekalah yang bersaam kita dulu berkongsi kenangan manis tika usia kita meningkat.
jangalah kita terlalu mengikutkan hati dan perasaan.kadangkala pertengakaran mungkin akan berlaku.itu lumrah bagi manusia namun jadilah insan yang mudah memaafkan orang kerana maaf bukanlah tanda kita kalah tapi itulah tanda yang kita menghargai dan menyayangi persahabatan kita yang kita bina. jangan kerana hal kecil yang tercetus hanya 5minit sahaja,kita dah nak putuskan persahabatan yang kita bina selama 5tahun lebih. itu memang tak masuk akal.walaupun kita senang sekalipun jangan lah kta terlalu bongkak dan bangga dengan perubahan diri kita.ingatlah asal kita dimana..seperti aku,aku bukan lah orang yang dilahirkan dengan kesempurnaan tapi aku bersyukur dengan apa yang ada.
kesimpulannya hargai lah pesahabatan yang terjalin kerana disitulah bermulanya kenangan manis dan pahit kita semasa usia kita meningkat naik..hargailah mereka..

Friday, March 19, 2010

SIAPA YANG PATUT DIBELA?

jika sebuah keluarga menghadapi musibah seperti anak perempuan mereka dirogol,diculik,dibunuh dimanakah badan kebajikan atau badan NGO yang perlu membantu dan membela nasib mereka??
tetapi lain pula caranya sesetengah badan NGO yang lagi suka membela nasib si pelaku yang melakukan perbuatan terkutuk yang berada didalam tahanan penjara.
kenapa perlu membela nasib diorang? apa yang mereka mahukan dengan membela nasib si pelaku yang menjadi kebimbangan masyarakat dan dianggap sebagai manusia yang tak perikemanusiaan. apakah mereka (badan NGO) mahukan publisiti? atau mahukan sokongan rakyat dalam politik? apa yang dimahukan sebenarnya?
biarkan si pelaku itu menerima pengajaran dalam penjara tersebut. kalau sampai dalam penajra pun nak ambil tahu baik letak diorang di rumah saja. tak payah kerajaan nak membazir duit berjuta-juta membina sebuah pusat koreksional atau dengan kata lainnya penjara yang dimana tidak mendatangkan kesan ataupun faedah pada mana-mana tahanan.
jika dilihat pada mata kasarnya badan-badan NGO ini seperti ibu bapa mereka yang ingin memanjakan anak mereka. apa saja yang berlaku lapor pada badan ni,apa saja masalah berlaku lapor pada badan ni. senang-senang baik badan-badan ni tubuh satu pusat koreksional mereka sendiri dan letak orang-orang mereka yang mana mereka nak manjakan. semua ni boleh menganggu dan menghalang tugas penjawat awam. dah macam tak percaya pada pegawai penjara saja.
lepas ni pihak pemilihan SPA perlu bekerja sama dengan badan-badan NGO ni untuk memilih pegawai-pegawai yang berkaliber yang boleh mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. tak paham la apa yang dimahukan.
rasa kecewa sangat sebab macam tak berbaloi saja.mana taknya,pihak polis bertungkus lumus siasat kes,berjaga sepanjang malam mencari maklumat,buat tangkapan tapi bila masuk dalam penjara saja da jadi lain. penjara ni ibarat rumah rehat mereka.makan tak cukup lapor,kena jentik sikit lapor,sakit sikit lapor,tidur tak selesa lapor. pendek kata semua benda nak lapor dan yang seronoknya badan NGO ni la,panggil pihak media dan keluarkan laporan-laporan yang panas. bagus kan.
badan NGO ni tak nak ke tengok si keluarga mangsa?tak pernah pun panggil pihak media dan buat laporan yang keluarga ni diberi bantuan dan pihak NGO akan membela nasib keluarga tersebut. ada ke??tak tau la ada ke tak ada.kalau ada pun jarang-jarang. bela nasib mereka yang memerlukan yang menjadi mangsa keadaan bukan yang menjadi punca dalam keadaan tersebut. kalau da pihak polis hantar si pelaku itu ke penjara jadi biarkan pihak penjara yang menguruskan perkara itu. penjara ada peraturan dan undang-undang mereka sendiri dan undang-undang tersebut telah pun diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong. segala apa yang berlaku didalam penjara tersebut pihak penjara akan menanggung perkara tersebut.
kesimpulannya lebik baik dan lebih elok badan-badan NGO ni membela nasib keluarga mangsa atau mangsa keadaan tersebut.tak perlulah rasanya membela nasib si pelaku tersebut.
segala apa yang dikarang hanyalah luahan dan pandangan semata-mata.

Thursday, March 18, 2010

HATI KRISTAL

kadang-kadang aku merasakan yang aku dapat melakukan apa saja yang aku impikan,
kadang-kadang aku menginginkan yang terbaik dalam hidup aku,
kadang-kadang aku merasakan aku akan mencapai segalanya,
kadang-kadang aku mahukan apa yang orang lain mahukan,
namun...
bila aku dongak ke atas melihat alam semesta aku redha,
aku mengetahui yang aku tidak mampu untuk miliki,mencapai dan merasai segalanya..
tapi jika aku diberikan ruang dan peluang untuk aku,
miliki,mencapai dan merasai segalanya,
akan ku bahagiakan hidupku,
keluargaku,
ibuku,
ayahku,
mereka berkorban bersusah payah,
menjagaku..
mendidiku..
memberi apa saja yang termampu..
dikala itu mereka sanggup berlapar demi mengisi perutku,
ayahku yang bekerja tidak mengenal hari waktu dan masa...
keluar dikala mentari mula terbit dan pulang dikala bulan keluar menyuluh malam hari..
aku bahagiakan mereka agar mereka tidak lagi bersusah payah untuk segalanya,
akan ku galas tanggung jawab mereka,
akan ku berikan sinar kebahagiaan kepada mereka,
aku tidak sanggup lagi,
melihat ibuku menitiskan air mata kerana kepayahan yang dirasai,
aku tidak sanggup lagi melihat ayah aku bersusah payah membanting tulang empat kerat yang diamamah usia...
aku redha..
akan ku usaha dan berdoa untuk mengubah nasib keluargaku..
berpegang dengan kata-kata..

"apabila engkau memandang segalanya dari tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan hujan,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
yang menyusahkan hidupmu,
pasti akan damai hatimu..
kerana...
masakan Dia sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
bukan Dia tidak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu..
tapi..
mungkin itulah yang dia mahukan kerana Dia tahu yang hati sebeginilah yang lebih lunak disentuh untuk dekat dan akrab denganNya"...