Wednesday, March 31, 2010

NILAI PERSAHABATAN

kawan adalah sebahagian insan yang menyentuh segenap hidup kita tapi dimana letaknya nilai persahabatan tersebut. adakala kita melihat dari segi zahirnya namun dari segi batin kita tidak mengetahuinya. adakalanya jga kita mengenali sejak kecil lagi tetapi kita tidak mungkin memahaminya.
dari apa yang aku alami selama aku hidup diatas muka bumi ini,aku melihat nilai persahabatan sering kita lupakan. ada dikalangan kita mudah melupakan jasa baik dan pengornan mereka..dimana dulu mereka bersama-sama kita tika kita susah,senang,sedih mahupun gembira.
nilai persahabatan bukan terletak pada harta benda atau kekayaan tetapi ia terletak pada hati seorang insan yang ikhlas dan memahami kita..tidak pernah melupakan jasa baiknya,menghargai dan memahami kita..
aku mempunyai ramai kawan dan aku bangga kerana aku mempunyai rakan seperti mereka.walaupun aku jauh,walau aku senang,aku takkan melupakan mereka..keran mereka pernah bersama dalam hidup aku.
segala apa yang mereka lakukan pada aku amat hargai..aku akui aku bukan kawan yang terbaik bagi mereka..namun aku cuba menjadi yang terbaik dikalangan mereka.membuat mereka gembira dengan kehadiran aku.
aku bukan la seorang yang berada mahupun berharta namun aku cuba untuk membantu jika mereka susah atau memerlukan bantuan. aku akan cuba memahami mereka menyelami kehidupan mereka agar aku tau apa yang ada didalam benak fikirannya.
walaupun kita tidak akan bersama dimasa akan datang tapi kita harus ingat bahawa merekalah yang bersaam kita dulu berkongsi kenangan manis tika usia kita meningkat.
jangalah kita terlalu mengikutkan hati dan perasaan.kadangkala pertengakaran mungkin akan berlaku.itu lumrah bagi manusia namun jadilah insan yang mudah memaafkan orang kerana maaf bukanlah tanda kita kalah tapi itulah tanda yang kita menghargai dan menyayangi persahabatan kita yang kita bina. jangan kerana hal kecil yang tercetus hanya 5minit sahaja,kita dah nak putuskan persahabatan yang kita bina selama 5tahun lebih. itu memang tak masuk akal.walaupun kita senang sekalipun jangan lah kta terlalu bongkak dan bangga dengan perubahan diri kita.ingatlah asal kita dimana..seperti aku,aku bukan lah orang yang dilahirkan dengan kesempurnaan tapi aku bersyukur dengan apa yang ada.
kesimpulannya hargai lah pesahabatan yang terjalin kerana disitulah bermulanya kenangan manis dan pahit kita semasa usia kita meningkat naik..hargailah mereka..

1 comment: