Friday, March 19, 2010

SIAPA YANG PATUT DIBELA?

jika sebuah keluarga menghadapi musibah seperti anak perempuan mereka dirogol,diculik,dibunuh dimanakah badan kebajikan atau badan NGO yang perlu membantu dan membela nasib mereka??
tetapi lain pula caranya sesetengah badan NGO yang lagi suka membela nasib si pelaku yang melakukan perbuatan terkutuk yang berada didalam tahanan penjara.
kenapa perlu membela nasib diorang? apa yang mereka mahukan dengan membela nasib si pelaku yang menjadi kebimbangan masyarakat dan dianggap sebagai manusia yang tak perikemanusiaan. apakah mereka (badan NGO) mahukan publisiti? atau mahukan sokongan rakyat dalam politik? apa yang dimahukan sebenarnya?
biarkan si pelaku itu menerima pengajaran dalam penjara tersebut. kalau sampai dalam penajra pun nak ambil tahu baik letak diorang di rumah saja. tak payah kerajaan nak membazir duit berjuta-juta membina sebuah pusat koreksional atau dengan kata lainnya penjara yang dimana tidak mendatangkan kesan ataupun faedah pada mana-mana tahanan.
jika dilihat pada mata kasarnya badan-badan NGO ini seperti ibu bapa mereka yang ingin memanjakan anak mereka. apa saja yang berlaku lapor pada badan ni,apa saja masalah berlaku lapor pada badan ni. senang-senang baik badan-badan ni tubuh satu pusat koreksional mereka sendiri dan letak orang-orang mereka yang mana mereka nak manjakan. semua ni boleh menganggu dan menghalang tugas penjawat awam. dah macam tak percaya pada pegawai penjara saja.
lepas ni pihak pemilihan SPA perlu bekerja sama dengan badan-badan NGO ni untuk memilih pegawai-pegawai yang berkaliber yang boleh mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. tak paham la apa yang dimahukan.
rasa kecewa sangat sebab macam tak berbaloi saja.mana taknya,pihak polis bertungkus lumus siasat kes,berjaga sepanjang malam mencari maklumat,buat tangkapan tapi bila masuk dalam penjara saja da jadi lain. penjara ni ibarat rumah rehat mereka.makan tak cukup lapor,kena jentik sikit lapor,sakit sikit lapor,tidur tak selesa lapor. pendek kata semua benda nak lapor dan yang seronoknya badan NGO ni la,panggil pihak media dan keluarkan laporan-laporan yang panas. bagus kan.
badan NGO ni tak nak ke tengok si keluarga mangsa?tak pernah pun panggil pihak media dan buat laporan yang keluarga ni diberi bantuan dan pihak NGO akan membela nasib keluarga tersebut. ada ke??tak tau la ada ke tak ada.kalau ada pun jarang-jarang. bela nasib mereka yang memerlukan yang menjadi mangsa keadaan bukan yang menjadi punca dalam keadaan tersebut. kalau da pihak polis hantar si pelaku itu ke penjara jadi biarkan pihak penjara yang menguruskan perkara itu. penjara ada peraturan dan undang-undang mereka sendiri dan undang-undang tersebut telah pun diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong. segala apa yang berlaku didalam penjara tersebut pihak penjara akan menanggung perkara tersebut.
kesimpulannya lebik baik dan lebih elok badan-badan NGO ni membela nasib keluarga mangsa atau mangsa keadaan tersebut.tak perlulah rasanya membela nasib si pelaku tersebut.
segala apa yang dikarang hanyalah luahan dan pandangan semata-mata.

No comments:

Post a Comment