Wednesday, September 21, 2011

dulu atau sekarang...

yang mana lagi elok..??
yang dulu atau yang sekarang..kali ini aku nak kongsi tentang diri aku..siapa aku..
dan apa yang aku perlu buat..
sekian lama aku mengharungi kehidupan dimuka bumi semakin aku kenal diri aku yang sebenar tetapi aku tetap tak dapat memenuhi keinginan kita kerana Allah s.w.t hanya memberikan kita apa yang kita kehendaki..macam rumah untuk kita tinggal,baju untuk kita pakai dan kerja untuk kita tampung kehidupan seharian kita..tetapi kalau bercakap pasal keinginan terlalu banyak benda yang kita inginkan yang paling utama dalam fikiran manusia biasa seperti aku ni adalah hidup mewah,kaya raya dan berharta..semua orang mesti fikirkan tentang tu sebab di dunia sekarang ini duit adalah segalanya sehinggakan kasih sayang yang dikata tak boleh dijual beli tapi sekarang da boleh..yang dulu kata cinta itu buta tapi sekarang tak buta siappakai contact lense lagi..
jadi apa yang ingin katakan disini kehidupan aku yang sekarang pada aku adalah lebih mencabar..mungkin sebab faktor usia..setiap usia kita akan tempuhi pelbagai rintangan dan dugaan..kerana faktor usia kehidupan kita,sikap kita dan cara kita berfikir akan turut berubah...jika dulu aku masa dibangku sekolah bercita-cita ingin menjadi seorang ustaz tapi sekarang..lain jadinya tapi itu lah hakikatnya...kita mampu merancang tapi tuhan menentukan...tekanan demi tekanan aku hadapi di usia aku sekarang..sehinggakan aku tak mampu untuk tempuhinya lagi...tapi aku perlu kuatkan semangat aku...kalau dulu aku seorang yang manja,cepat merajuk tapi sekarang aku cepat marah dan panas baran..lagi-lagi pula aku ni kadang2 prasangka..apa yang terjadi pada aku kadang2 aku tak sedar sehingga bila orang lain perkatakan tentang perubahan aku barulah aku sedar..kesal gak bila fikirkan sikap diri sendiri..seolah-olah aku tak tau bagaimana nak menghormati perasaan orang lain..
sekarang aku berada diperingkat alam dewasa dimana semua orang akan memiliki pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga..dalam peringkat ini aku mengalami tekanan dan rintangan yang cukup kuat sehinggakan aku bukan menjadi diri aku sebenar..aku terkilan dengan sikap aku sendiri kerana aku selalu menyusahkan orang disekeliling aku..aku hancurkan perasaan orang lain,aku mainkan perasaan orang lain..aku rasa aku perlu lari dari sini...aku rasa aku tak perlu untuk semua ini...sebabnya makin lama aku bersama mereka makin terluka mereka..aku perlu jauh dari semua ni...dan aku rasa aku impikan diri aku yang dulu..tak perlu fikirkan semua ini...aku tak mahu semua ini ...aku tak mahu...aku perlu lari dari semua ini..semua tak sesuai untuk aku....cukup untuk kali ini..sekian..

No comments:

Post a Comment